Wednesday, 29 August 2018

WARGA KERJA : PENILAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 KEMENJADIAN MURID SATU KEUTAMAAN.

  
Mahalnya terima kasih
  
Begitu mahalnya ucapan itu, sehingga adakalanya perlu diingatkan terlebih dahulu untuk berbuat demikian dan ia adalah satu keadaan yang sangat 'menyedihkan'


Sebagai masyarakat timur, ia bukanlah satu senario 'asing' pengamalan budi bahasa dan nilai-nilai murni termasuklah pengucapan terima kasih kerana ia menjadi kebanggaan warisan masyarakat terdahulu.

   

Namun, cabaran globalisasi dan peralihan sikap yang memperlihatkan kepada penjurusan sahsiah individualistik, materialisme, menyebabkan segelintir daripada kita 'lupa' atau sengaja membuat lupa akan kepentingan penggunaan nilai itu.

   

Walhal, nilainya tidak pernah lapuk dek zaman malah diguna seluruh dunia. Ia dituturkan oleh semua bangsa dari dahulu sehinggalah sekarang. Yang membezakannya, hanyalah bunyi ucapan itu sahaja.
   
Bagi orang Cina, ia disebut 'xie xie', bangsa Arab, 'syukran jazilan', bahasa Inggeris, 'thank you' dan bangsa France pula menyebutnya 'merci'.
   
Biar apa pun sebutannya, namun tujuannya tetap sama, yakni sebagai lambang penghargaan betapa kita menghargai apa yang dilakukan oleh orang itu kepada kita. Ucapannya mudah, namun nilai di sebalik perkataan ini sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan, kegembiraan kepada si penerima.
   
Dalam Islam juga, terima kasih turut disesuaikan dengan kalimah 'syukur', yakni diucapkan bagi menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki sebagai menghargai anugerah pemberian Allah.

TERIMA KASIH WARGA KERJA 
APPSCK 2018











FACEBOOK OFFICIAL PUSAT SUMBER DSDN SMK RANCHA-RANCHA


Sunday, 3 December 2017

PUSAT SUMBER DSDN SMK RANCHA-RANCHA TERIMA 7 ANUGERAH UTAMA DALAM MAJLIS ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN BTPN W.P LABUAN 2017

Bertempat di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri W.P Labuan, satu majlis menghargai sumbangan dan kejayaan unit di bawah BTPN telah diadakan. Majlis Anugerah Tekonologi Pendidikan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Puan Maimon Mat Nor wakil Pengarah Pejabat Pendidikan W.P Labuan. sebanyak 25 Anugerah telah diberikan kepada pemenang setiap kategori untuk unit Pusat Sumber, Bestari, VLE Frog dan guru Data. Pada tahun ini PSS SMK Rancha-Rancha telah hampir menyapu bersih semua kategori untuk pengurusan PSS. Antara kategori yang dimenangi ialah Ikon GPM sekolah menengah, Pengurusan NILAM Terbaik kategori sekolah menengah, Pusat Akses Terbaik kategori sekolah Menengah, Pusat Sumber 5 Bintang, Anugerah Khas Pusat Sumber Cemerlang Sekolah-Sekolah W.P Labuan 2017. Di samping itu, SMK Rancha-Rancha juga telah menerima anugerah Penggunaan VLE Frog Terbaik Kategori Pelajar Sekolah Menengah dan Penggunaan VLE Frog Terbaik Kategori Guru Sekolah Menengah. TAHNIAH SMK RANCHA-RANCHA W.P LABUAN
 






Saturday, 7 October 2017

PERSEMBAHAN KESENIAN MURID SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH W.P LABUAN

Kumpulan Keseniaan D'Akar Seni SMK Rancha-Rancha telah berpeluang membuat persembahan di ruang legar Kompleks Ujana Kewangan Labuan. Program Kerjasama Jabatan Pendidikan W.P Labuan dengan Financial Park ini memberi peluang pihak sekolah untuk mempromosikan kumpulan keseniaan sekolah seluruh W.P Labuan. Beberapa tarian telah dipersembahan oleh pelajar SMK Rancha-Rancha antaranya Tarian Cam-cambi, sambut tamu, rampaian tradisional, limbai, joget berunai dan tarian inang kreasi.











Wednesday, 4 October 2017

SEKITAR PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN 2017 DI PSS DSDN SMK RANCHA-RAMCHA

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada ALLAH kerana tahun ini sekali lagi PSS DSDN SMK Rancha-Rancha bertanding di peringkat kebangsaan mewakili W.P Labuan. Dengan makluman tidak sampai sehari tentang kehadiran penilai ke PSS DSDN , warga SMKRR telah cuba untuk memberi sambutan dan persediaan saat akhir.....sesungguhnya PSS DSDN SMKRR telah pun bersedia sejak awal tahun lagi...semoga usaha yang berpanjangan ini akan mendapat pengiktirafan luar biasa...aaminn