SEJARAH
AWAL SMK RANCHA-RANCHA
Ketika
awal pembukaan sekolah ini jumlah guru yang menjadi tenaga pengajar adalah
sebanyak 12 orang dengan seorang staf
sokongan iaitu Hajah Zaiton binti Ibrahim . Pendaftaran pelajar ambilan
pertama sekolah ini iaitu tingkatan satu telah dilakukan pada 2 Januari 2014.
Ketika itu, jumlah pelajar yang mendaftar di SMK Rancha-Rancha adalah sebanyak 42
orang pelajar sahaja .Pelajar pertama yang mendaftar masuk di SMK Rancha-Rancha
ialah Adib Irfan dari SK Pekan 1 W.P Labuan.
Kebanyakan
pelajar yang mendaftar di SMK Rancha-Rancha datangnya dari sekitar Kampung Sungai
Lada, Kampung Sungai Miri, Kampung Sungai Pagar, Kampung Sungai Labu dan
Kampung Layang-layangan. Pendafataran pelajar telah dilakukan di Dewan SK
Layang-Layangan.
Sebelum
bangunan SMK Rancha-Rancha siap sepenuhnya pada tahun 2014, warga sekolah ini telah menumpang di bangunan
SK Layang-Layangan selama hampir 9 bulan. Tingkat 3 bangunan SK Layang-Layangan
merupakan Bilik Guru dan kelas pelajar tingkatan 1. Ketika itu terdapat 3 kelas
tingkatan 1 iaitu 1 Abu Rayhan, 1 Ibn Batutta dan 1 Annasawi
Ketua
pelajar pertama SMK Rancha-Rancha ialah Mark Griffin bin Elias. Kejayaan
pelajar SMKRR yang pertama diperingkat negeri W.P Labuan adalah melalui Elly Nazirah binti Sufri yang
telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Syair.
Pada
22 September 2014 guru dan pelajar sekolah ini telah memulakan sesi
persekolahan di bangunan SMK Rancha-Rancha di Kg. Sungai Lada setelah
berlangsung Majlis Penyerahan Separa bangunan SMK Rancha-Rancha pada 15
September 2014.
Kini SMK
Rancha-Rancha mengorak langkah menjadi sekolah yang unggul di W.P Labuan. Dalam
beberapa tahun kebelakangan ini beberapa siri kejayaan di peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa telah dicipta oleh guru dan pelajar di sekolah ini.
Dengan slogan SMKRR The Best SMK Rancha-Rancha
menjulang dan mencipta sejarah dalam dunia pendidikan anak tempatan di W.P
Labuan
No comments:
Post a Comment