Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian
mencabar, gejala sosia semakin berleluasa dan
merunsingkan. Acap kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada
akhbar mala disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, tidak keterlaluan jika
dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut
terdiri daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah
Hassa, seorang profesor yang melakukan kajian Peradaban Manusia, beliau sangat
kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak muda ditangkap secara kasar oleh
pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita semasa.
Menyedari hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari
jalan penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini. Sungguh
malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti membunag garam
ke laut” kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya.
Namun persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak
mereka dalam usaha mengelakkan mereka daripada gejala sosial?
Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah
memantapkan fizikal atau jasmani serta tubuh anak-anak mereka. Jasman merupakan
satu elemen yang prima bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak
–anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka
sendiri. Apakah pula peranan ibu bapa untuk memastikan kesihatan fizikal
anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna? Terdapat
pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka bersama-sama
ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-anak mereka
untuk bersenam dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak
keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah “badan
cergas minda cerdas”. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka
untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan
serta unit beruniform. Hal-hal sebegini membolehkan mereka untuk menjauhi diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.
Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi
perhatian terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian
berubah mengikut perkembangan diri masing –masing. Perubahan emosi anak-anak sentiasa
berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan. Perubahan
emosi juga jelas ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa perlu memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka
mengalami perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak akan biasa kerana
“alah bisa tegal biasa” untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa mereka.
Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka. Sekiranya ibu
bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-anak mereka akan
mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula, ibu bapa
perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara mengenali emosi
anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan
melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami
emosi mereka.
Seterusnya, ibu bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang
kuat kepada anak-anak. Hal ini sedemikian kerana faktor terbesar yang
menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya atau
rapuhnya rohani tersebut. Hal ini membuktikan rohani merupakan aspek yang tidak
kurang pentingnya dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan
mereka daripada melakukan aktiviti gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan
individu tetapi semua agama menginginkan yang terbaik daripada penganutnya.
Oleh itu, apakah peranan ibu bapa dalam menyediakan sumber rohani yang
kukuh dan kental kepada anak-anak mereka? Sebagai permulaan, ibu bapa perlulah
menguatkan iman anak-anak mereka, hal ini kerana iman yang kuat menjadi bekalan
kepada anak-anak mereka untuk menghindari diri daripada gejala sosial. Selain
itu, ibu bapa perlulah kerap membawa anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini
membolehkan anak-anak untuk sentiasa dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan
ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak adalah untuk menyediakan sumber
rohani yang kukuh kepada anak-anak mereka sekaligus menjauhkan mereka daripada gejala
sosial.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting
untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk
sahsiah bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan
amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat
membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa
perlulah memberikan secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk
sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke
sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan
ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu bapa perlu
mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah
sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara
yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran
buku. Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama
ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek
kepada anak-anak mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa perlulaj memainkan peranan dengan
memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka. Kemahiran sosial dalam konteks
ini sangat diperlukan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian
kerana melalui kemahiran sosial, anak-anak dapat mengetahui betapa buruknya
kesan melakukan gejala sosial melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh itu,
apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memantapkan kemahiran
sosial anak-anak mereka? Kaedah yang paling asas adalah dengan mengajar
anak-anak mereka nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati
dan kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak –anak akan dapat dibentuk
dengan sempurna. Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri
sendiri dan membentuk peribadi yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik
anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah
daripada rebungnya”. Tambahan pula, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka
mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui orang yang lebih
tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas menjadikan
mereka sebagai remaja yang berbudi pekerti tinggi.
Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara
yang indah di mata duia serta mempunyai masyarakat yang berbilang kaum akan
kelihatan buruk sekiranya gejala sosial dalam kalangan masyarakat masih belum
dibendung, bak kata pepatah Melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Oleh itu, peranan semua pihak harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa
kerana merekalah yang mencorak keperibadian golongan muda kotemporari ini
kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Anak-anak diibaratkan kain putih
yang perlu dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang
mata. Kita janganlah menuding jari dan bersikpa pasif dalam hal ini kerana
semua pihak turut serta dalam membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita
melihat dunia ini sarat dengan kemusnahan dan kegelapan akibat
ketidakprihatinan kita? Semestinya “tidak” jawapan kita. Maka, bersama-sama lah
kita berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan tenaga membentuk
sahsiah anak-anak muda agar mereka membawa kegemilangan negara di mata
Sumber :
No comments:
Post a Comment