Monday, 14 August 2017

NILAM GURU DIAMBANG IFTAR : PUSAT SUMBER SMK RANCHA-RANCHA



Barisan tetamu VVIP dan pentadbir serta guru SMK Rancha-Rancha yang menjayakan Program NILAM Diambang Iftar

Ikon Membaca SMK Rancha-Rancha ; Tn Pengetua En Oamr Baki Matusin

Menunggu waktu berbuka diisi dengan membaca

Kelihtan Tn Pengarah JPWL En Raisin Saidin

bersama  Dato Sri Haji Mohd Alias bin Abd Rahman


Bapa Angkat dan Penaung PSS DSDN SMK Rancha-Rancha

 

KERTAS KERJA NILAM DIAMBANG IFTAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANCHA - RANCHA 

PROGRAM GALAKAN MEMBACA  GURU

 

SMK RANCHA-RANCHA 2016


 
1.0         PENDAHULUAN

1.1         Pengenalan

Pembelajaran berasaskan sumber merupakan    satu alat    atau kaedah untuk membantu guru mengurus maklumat. Sehubungan itu, program NILAM Guru merupakan satu cara mengiktiraf usaha gigih guru menjalankan aktiviti pembacaan. Pengiktirafan ini berdasarkan kriteria pembacaan yang terancang. Pengiktirafan berdasarkan kriteria pembacaan yang berkualiti merupakan suatu usaha “bench-marking” untuk kemahiran membaca yang perlu ada pada pembaca bestari (avid reader).

1.2         Rasional

Menjadikan  amalam membaca sebagai satu cara dalam meningkatkan ilmu serta pengalaman hidup para guru.

1.3         Matlamat

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :

1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan guru 

1.3.2   memupuk tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan guru

            1.4       Objektif

         Berikut adalah objektif  yang ingin kami capai :

1.4.1     Menggalakkan  guru memupukkan budaya suka membaca berterusan sepanjang hayat mereka.

1.4.2     Menjadikan guru banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.

1.4.3     Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini. 

1.5       Kumpulan Sasaran

            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :

1.5.1     Semua warga pendidik  dan staf bukan akademik SMK Rancha-Rancha

2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :


                         JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI

En Omar Baki bin Matusin

NAIB PENGERUSI I

Ustaz Abdul Rahman bin Ahmad

NAIB PENGERUSI II

En Yahya bin Ahmad Puteh

NAIB PENGERUSI III

Cik Jasmini bte Daud

SETIAUSAHA

En Sapri Idris

BENDAHARI

Pn  Sylvia S.M Kennedy

PENGANJUR BERSAMA

Kelab Guru SMK Rancha-Rancha    

AHLI JAWATANKUASA KECIL

DOKUMENTASI GAMBAR  :  Muazzam Hazim bin Amin                                                               
L                                                                                                                 PROMOSI     :          Mohd Fardy Hanizam bi  Mohd Jidi

Semua Pengawas PSS

3.0       TEMPAT

            3.1       Hotel Grand Dorset W.P Labuan

4.0       PERALATAN

LCD, Skrin, Laptop, Kertas Warna, Sijil Penghargaan, Frame Gambar

5.0      TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh             :         19  Jun  2016

Masa             :           5.00 petang hingga 10 malam


6.0           AKTIVITI

6.1           Ketibaan tetamu

6.2           Bacaan Nilam

6.3           Ucapan alu-aluan

6.4           Ucapan perasmian

6.5           Majlis berbuka puasa

6.6           Penyampaian sijil penghargaan

6.8       Sesi bergambar

6.0       SUMBER KEWANGAN

Peruntukan kewangan oleh Penaung Pusat Sumber SekolahDatin Seri Dato Hajah Norsiah binti Abdullah

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 RM 3000.00
 

8.0 PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan program  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan. Saya sebagai Guru Media & Perpustakan SMK Rancha-Rancha ini berjanji akan memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan program itu nanti.

9.0 PENUTUP

Pelaksanaan aktiviti Program NILAM Guru  ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca dalam kalangan warga sekolah ini. Pengukuhan dalam mencari ilmu secara berterusan sudah pastinya dapat melahirkan warga yang berilmu dan cemerlang dalam pencapaian akademik serta sahsiah diri.

Disediakan Oleh,

 

………………………….

(    Sapri bin Idris   )

Guru Perpustakaan dan Media,

Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha





https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20160702/281943132197483

No comments:

Post a Comment