PUSAT SUMBER SMK RANCHA-RANCHA MENJADI PILIHAN UTAMA KOMUNITI DI W.P LABUAN
Sebagai Pusat Sumber yang mempunyai Ciri PSS Abad 21, Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha telah mendahului pencapaian pusat sumber sekolah di seluruh di W.P Labuan. Dengan pelbagai kemudahan dan frasarana yang lengkap, Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha telah mengorak langkah drastik melalui pelbagai program ilmu dalam pengurusan ko-akademik dan kokurikululum pelajar dengan pencapaian luar biasa yang telah diperolehi setakat ini.
Dalam usaha mencapai kecemerlangan
dengan kepelbagaian fungsinya, Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha yang disusun
tadbir oleh Tuan Pengetua En. Omar Baki bin Matusin telah merancang pembangunan pusat sumber sekolah dengan
efisien dan terancang. Melalui perancangan jangka panjang 5 tahun pusat sumber
sekolah berkenaan, banyak pembangunan telah
dan akan dilaksanakan mengikut
perancangan yang telah dibuat oleh PSS SMK Rancha-Rancha. En Sapri bin Idris
sebagai Guru Perpustakaan dan Media sekolah SMK Rancha-Rancha yang sentiasa
komited dalam mencapai objektif yang
disasarkan oleh Tuan Pengetua En Omar Baki bin Matusin.
Selain membuat rangkaian jalinan dan jaringan dengan pihak luar, Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha telah melaksanakan program pintar bersama masyarakat setempat dengan menjadikan Pusat Sumber sekolah berkenaan sebagai pusat sumber komuniti. Usaha ini dimulakan apabila Datin Seri Dato Hajah Norsiah binti Abdullah telah dilantik sebagai penaung pusat sumber sekolah berkenaan pada tahun 2015 . Dalam menjamin pengurusan yang cemerlang, penaung pusat sumber SMK Rancha-Rancha iaitu Datin Seri Dato Hajah Norsiah binti Abdullah telah menempatkan seorang pegawainya di Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha bagi membantu pengurusan PSS oleh guru perpustakaan dan media SMK Rancha-Rancha.

Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha sentiasa menerima pelawat dari dalam dan luar W.P Labuan
Majlis menandatangani MOU antara PSS SMKRR dengan PSS SMK Putrajaya present 9-2
No comments:
Post a Comment