Monday 28 August 2017

PEMBUKAAN SUKAN SEA 2017 BERTARAF DUNIA



 

 
 

Majlis pembukaan diakhiri dengan perarakan masuk obor kejohanan oleh barisan atlet jaguh negara, diketuai sukan boling, diikuti berbasikal, hoki, olahraga, badminton serta terjun sebelum obor kejohanan dinyalakan oleh Nur Dhabitah Sabri sebagai simbolik bermula secara rasminya temasya ini, sebelum persekitaran Stadium Nasional Bukit Jalil diterangi dengan percikan bunga api.

Sukan SEA edisi ke-29 yang akan berlangsung sehingga 30 Ogos menghimpunkan 4,900 atlet daripada 11 negara dengan Malaysia menyasarkan pungutan 111 pingat emas daripada 398 acara yang disertai untuk muncul juara keseluruhan.i.

Sukan SEA edisi ke-29 yang akan berlangsung sehingga 30 Ogos menghimpunkan 4,900 atlet daripada 11 negara dengan Malaysia menyasarkan pungutan 111 pingat emas daripada 398 acara yang disertai untuk muncul juara keseluruhan.

Upacara berwarna-warni itu menerapkan kebudayaan dan keunikan yang ada di negara ini yang menjadi lambang kebanggaan kepada 32 juta penduduk di negara ini.Seterusnya, maskot rasmi 'Rimau' diperkenalkan sebelum diikuti perarakan masuk 11 kontinjen negara bertanding yang membabitkan kira-kira 6,000 peserta terdiri daripada atlet dan pegawai serta agensi yang terbabit dalam persembahan.

No comments:

Post a Comment