Sunday 27 August 2017

KUMPULAN D'AKAR SENI SMK RANCHA-RANCHA SEMAKIN DIKENALI DI PERINGKAT NASIONAL

Bidang kesenian merupakan salah satu kebitaraan SMK Rancha-Rancha W.P Labuan.  Salah satu bidang seni yang menonjol di SMK Rancha-Rancha ialah bidang seni tari.  Kemenjadian bidang seni tari di sekolah SMK Rancha-Rancha telah diterajui oleh guru penasihatnya iaitu Cikgu Sapri bin Idris dan dibantu oleh Cikgu Zaharah binti Mat Jali. Pembangunan bidang seni tari SMK Rancha-Rancha mengalami lonjakkan saujana yang mana walaupun masih berusia setahun jagung namun keupayaan dan pencapaian kumpulan D’ Akar Seni SMK Rancha-Rancha ini tidak dapat disangkal kerana beberapa siri pencapaian dan kejayaan kumpulan ini telah mendapat pengikhtirafan di peringkat negeri mahupun kebangsaan dan antarabangsa.


Kumpulan D ‘ Akar Seni SMK Rancha-Rancha bersama jurulatih  tari  Adam Sangga dan Nazri Goris

Tuan pengetua sekolah iaitu En. Omar Baki bin Matusin amat menyokong kuat kumpulan D’ Akar Seni SMK Rancha-Rancha. Beliau amat optimis dengan keupayaan dan kesungguhan kumpulan seni tari sekolah tersebut dalam mencapai kejayaan. Sebagai tanda sokongan kepada perkembangan bidang seni tari melalui aktiviti kokurikulum , Tuan Pengetua Sekolah  En. Omar Baki bin Matusin sentiasa berbincang dengan guru penasihat kumpulan D’ Akar Seni SMK Rancha-Rancha tentang pertandingan yang disertai diperingkat negeri mahupun kebangsaan Kumpulan D’Akar Seni SMK Rancha-Rancha di bawah kegiatan kokurikulum iaitu Kelab Pelancongan Sekolah SMK Rancha-Rancha mempunyai perancangan yang rapi dan sistematik dalam melahirkan dan mencungkil bakat para  pelajar di sekolah tersebut khususnya  dalam bidang seni tari.  Pada awal tahun, Kelab Pelancongan sekolah ini akan mengadakan kursuS seni tari di dalam program Semarak Tari . Program ini telah pun dilaksanakan sejak 3 tahun yang lalu iaitu dari tahun 2015 hingga 2017.

Anugerah Etnik Kreatif Festival Seni Kebangsaan 2016 Kangar Perlis
Pengetua SMK Rancha-Rancha  En. Omar Baki bin Matusin

Sering mendapat jemputan persembahan sekitar W.P Labuan

Antara kejayaan kumpulan tari D’ Akar Seni SMK Rancha-Rancha adalah menjadi Johan Pertandingan Tarian Etnik sabah 2017, Johan Pertandingan Tarian Tradisi 2017 W.P Labuan, Johan Pertandingan Rampaian Melayu Tradsional W.P Labuan 2017. Di peringkat Kebangsaan Kumpulan D’Akar Seni SMK Rancha-Rancha juga pernah mendapat anugerah Tarian Etnik Kreatif sempena Festival Seni Kebangsaan 2016. Pertandingan berprestij anjuran Perbadanan Labuan iaitu Borneo Arts Fesstival telah mengangkat nama Kumpulan D’Akar Seni mendapat tempat ke-4 daripada 24 pasukan yang bertanding termasuklah daripada Negara Brunei Darussalam. Kejayaan kumpulan tari SMK Rancha-Rancha ini telah melayakkan kumpulan ini mendapat anugerah daripada Kelab Pelancongan Paling Aktif pada tahun 2016 oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan kebudayaan W.P Labuan. Pada tahu 2017, Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah memilih Kelab Pelancongan SMK Rancha-Rancha sebagai penerima anugerah Pengurusan Kelab dan Persatuan Terbaik kategori sekolah menengah. Perancangan jangka panjang kumpulan seni ini adalah untuk menyertai pertandingan tarian antarabangsa seperti World Cup Dance 2018. Cikgu Sapri Idris optimis sekiranya kumpulan ini diberi kepercayaan dan diberikan dana untuk ke pertandingan antarabangsa  kejayaan akan dapat diperolehi berkat kesungguhan dan komitmen semua pihak.

Penerima Anugerah Kelab & Persatuan Terbaik kategori sekolah menengah  2016

daripada  Jabatan Pendidikan W.P Labuan
 
 
 
 

https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170609/281827168739917



 

1 comment:


  1. https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170609/281827168739917



    http://www.jpwpl.gov.my/sanasini/archives/1264

    http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/3492

    ReplyDelete