LAPORAN AKTIVITI /
PROGRAM
PERKARA
|
BUTIRAN
|
Nama
Program / Aktiviti
|
Lawatan Pengantarabangsaan Akademik, Kesenian dan
Budaya SMK Rancha-Rancha ke Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI)
|
Tarikh
Program / Aktiviti
|
20hb
– 23hb Mei 2017
|
Tempat
Program / Aktiviti
|
Bandung,
Indonesia
|
Penganjur
|
Kelab
Seni Pentas SMK Rancha-Rancha
|
Kumpulan
Sasaran / Peserta
|
5
orang guru, 2 orang AKP dan 8 orang pelajar
|
Ringkasan
Perjalanan Program (Rumusan Mengikut Tentatif Keseluruhan Program)
|
Hari Pertama
-
Rombongan SMKRR berangkat ke Kuala Lumpur seawal pukul 6.00 pagi dan bertolak
ke Bandung, Indonesia pada pukul 4.00 petang.
Rombongan selamat tiba di negara berkenaan pada pukul 6.30
petang. Rombongan kemudiannya dibawa
ke Restoran Balee Gazebo untuk
menikmati makan malam sebelum mendaftar masuk ke Hotel BNB Bandung Metro
Indah.
Hari Kedua
-
Seawal pukul 9.00 pagi rombongan SMKRR bertolak ke Pasar Baru untuk membeli
cenderamata. Kemudian pada petangnya,
rombongan dibawa ke kawasan pelancongan Farmhouse
Lembang. Kawasan tersebut
memperlihatkan keunikan bagi pelbagai etnik yang terdapat di seluruh
dunia. Rombongan menghabiskan masa
selama dua jam di tempat tersebut.
Kemudian rombongan bergerak ke hotel setelah selesai makan malam.
Hari Ketiga
- Rombongan
berangkat ke ISBI seawal pukul 7.00 pagi dan disambut oleh Puan Yani
Maemunah, Dekan Teater bagi institut terbabit. Lawatan tersebut turut disambut oleh Dr
Retno Dwimarwati yang mewakilkan Pengarah II bersama pelajar kursus
teater. Rombongan disajikan dengan
persembahan teater oleh pelajar berkenaan.
Bukan itu sahaja, rombongan turut dibawa melihat kawasan institut dan
kelas yang memaparkan kursus berkaitan kesenian. Lawatan berakhir pada tengahari dan kemudian
rombongan dibawa ke Floating Market
Lembang pada waktu petang.
Hari Keempat
- Rombongan berangkat balik ke Kuala Lumpur
pada pukul 10.00 pagi dan kemudian berangkat balik ke W.P.Labuan pada pukul
7.00 malam.
|
Kos
Perbelanjaan (RM) (Sertakan Bersama Penyata
Perbelanjaan (Jika Ada)
|
Seperti
dalam lampiran
|
Masalah
/ Kekangan yang Dihadapi
|
Kesesakan
lalu lintas di Bandung
|
Kelebihan
/ Manfaat Program kepada Peserta
|
1. Menjalin perkongsian pintar antara
kedua-dua pihak yang menggunakan platform akademik, kesenian dan kebudayaan.
2. Meninjau amalan disiplin dan pembudayaan
seni teater dan seni tampak di ISBI yang dapat diaplikasikan bagi program
kesenian SMKRR.
3.
Pendedahan yang bermanfaat kepada peserta lawatan khususnya pelajar SMKRR
berkaitan kepelbagaian amalan disiplin ilmu yang terdapat di Bandung, Indonesia.
4. Peluang
bagi pelajar SMKRR menimba pengalaman serta mendapatkan input-input terkini
dan inovatif dalam pelaksanaan program seni teater dan seni tampak.
5.
Pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pendidik dan pelajar
melalui kepakaran akademik dan kesenian di ISBI.
|
Cadangan
Penambahbaikan
|
Program
dua hala seperti ini perlu diteruskan dan ditambahbaik pada masa
hadapan. Bukan itu sahaja, program
susulan perlu dilaksanakan agar hubungan yang terjalin sentiasa berterusan
dan mendatangkan manfaat bagi kedua-dua pihak khususnya warga SMKRR.
|
Disediakan
oleh :
Nama : Emyyanna Binti Hamjani
Jawatan : AJK Dokumentasi Lawatan Pengantarabangsaan Akademik,
Kesenian
dan Budaya SMKRR ke ISBI
No comments:
Post a Comment