Monday, 4 September 2017

DOA SEBAGAI SENJATA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan

telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.

Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.

Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan

Mulakan setiap usaha dengan Basmallah

بسم الله الر حمن الر حيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa penerang hati

أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ

رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu

kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -

Doa apabila terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,

Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -

Doa minta tambah ilmu

آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى

وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا

Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu

yang engkau kurniakan kepadaku,

Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku

serta tambahilah daku ilmu pengetahuan

- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -

Doa mendapat petunjuk

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا

مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk

dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -

Doa mudahkan hafalan

آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ

وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ

Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul

dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu

kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -

DOA-DOA LAIN YANG BERKAITAN

Doa untuk mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ

وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ  اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,

 ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa setelah selesai mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ

وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،  إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,

faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa ketika masuk bilik peperiksaan

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ

 وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ  وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,

 serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa ketika menerima kertas peperiksaan

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.

Dan mudahkanlah bagiku tugasku.  Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa Nabi Musa a.s.

Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya.

Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً

وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل

“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya.

 Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa ketika terlupa jawapan

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ

اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.

 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

No comments:

Post a Comment