Sunday, 10 September 2017

LAWATAN PENANDAARASAN SMK RANCHA-RANCHA KE SM MENGLAIT BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

 

PERKARA
BUTIRAN
Nama Program / Aktiviti
 
Lawatan Penandaarasan ke SM Menglait, Brunei Darussalam
Tarikh Program / Aktiviti
7hb – 9hb April 2017
Tempat Program / Aktiviti
Brunei Darussalam
Penganjur
Unit HEM SMK Rancha-Rancha
Kumpulan Sasaran / Peserta
15 orang guru dan 5 orang pelajar
Ringkasan Perjalanan Program (Rumusan Mengikut Tentatif Keseluruhan Program)
Hari Pertama
- Rombongan SMKRR berangkat ke Brunei Darussalam seawal pukul 9.30 pagi dan tiba di negara berkenaan pada pukul 12.30 tengahari.  Rombongan hanya melawat tempat-tempat menarik seperti Masjid Omar Ali Saiffuddin dan Muzium Teknologi Melayu.
Hari Kedua
- Rombongan SMKRR bertolak ke SM Menglait pada pukul 7.30 pagi dan disambut meriah oleh sekolah berkenaan.  Rombongan dibawa melihat keseluruhan kawasan sekolah dan mengadakan perkongsian mengenai amalan-amalan baik sekolah masing-masing.  Lawatan berakhir pada tengahari dan kemudiannya rombongan menyambung lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja serta Muzium Kg. Ayer.
Hari Ketiga
 - Rombongan berangkat balik ke W.P. Labuan pada tengahari.
Kos Perbelanjaan (RM)  (Sertakan Bersama Penyata Perbelanjaan (Jika Ada)
Seperti dalam lampiran
 
Masalah / Kekangan yang Dihadapi
Tiada
Kelebihan / Manfaat Program kepada Peserta
1. Sekolah dapat berinteraksi dan membina jalinan yang baik dengan SM Menglait.  
2. Perkongsian idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan SM Menglait agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pengurusan sekolah SMKRR.
3. Merancang dan menyelaras program pertukaran pelajar antara kedua-dua buah sekolah.
4. Memurnikan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru SM Menglait agar dapat diaplikasikan dalam budaya kerja SMKRR.
Cadangan Penambahbaikan
Program dua hala seperti ini perlu diteruskan dan ditambahbaik agar SMKRR dapat melangkah lebih jauh dan membina identiti tersendiri pada masa hadapan.
 
 

 

 

Disediakan oleh          :

Nama                           : Emyyanna Binti Hamjani

Jawatan                       : Setiausaha HEM

Tarikh                          : 15 Aprl 2017

No comments:

Post a Comment